Ini adalah aktiviti berenang yang dijalankan di tadika kami. Setiap dua minggu, kanak-kanak akan di bawa ke kolam renang di mana mereka akan di ajar tentang cara-cara untuk berenang oleh jurulatih renang yang telah dibayar oleh tadika kami.
Aktiviti ini merupakan aktiviti hujung minggu bersama ibu bapa yang dijalankan dua bulan sekali di tadika kami. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk melibatkan ibu bapa dalam perkembangan anak mereka dengan melakukan aktiviti bersama-sama.
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa adalah sangat penting untuk berkomunikasi dan sangat diminati oleh generasi muda pada masa kini. Oleh itu, tadika kami telah menawarkan aktiviti ini kerana, kanak-kanak pada usia ini lebih mudah mempelajari perkara baru. Antara bahasa yang dipelajari ialah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi menerapkan slogan 1 Malaysia dan lain-lain.
Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti memasak. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak akan di ajar untuk membakar kek dan biskut.
Muzik adalah antara perkara yang menjadi perahtian dan tarikan pada masa kini. Ramai kanak-kanak mula menunjukkan bakat dalam bidang ini. Oleh itu, tadika kami menawarkan aktiviti ini dengan harapan untuk menggilap bakat dan mendedahkan kanak-kanak dalam bidang muzik ini. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian dan menghilangkan rasa bosan kanak-kanak dengan subjek-subjek yang biasa dipelajari.
Aktiviti lawatan ini pula diadakan tiga bulan sekali. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada dunia luar selain mengalihkan tumpuan kanak-kanak kepada kebiasaan pembelajaran di dalam kelas.
Aktiviti sukan ini diadakan dua kali setahun. Ia bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti sukan dan memupuk minat serta menggilap bakat kanak-kanak dalam bersukan.
Aktiviti ini pula bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak dalam bercucuk tanam selain membuka minda mereka agar lebih mencintai dan menghargai alam sekitar.








No comments:
Post a Comment